Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
JAIS dalam kenyatan berkata, siasatan terhadap Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai kelakuannya pada 2018 dan 2020.
Dalam pada itu JAIS memaklumkan, Sajat disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 5 Tahun 1995.