Pengisytiharan darurat boleh menyelesaikan beberapa perkara antaranya isu denda rendah terhadap premis perniagaan yang ingkar SOP berkaitan Covid-19, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.
Perkara ini boleh dilakukan melalui Ordinan Darurat tanpa perlu melalui proses pemindaan akta-akta tertentu di Dewan Rakyat.
Selain itu katanya, Ordinan Darurat juga boleh memberikan kuasa kepada anggota tentera untuk menahan pesalah PKP dan juga pendatang tanpa izin (PATI) seperti kuasa pihak polis.