PKP mulai 13 Jan di 8 negeri, wilayah persekutuan

2021-01-11 555

Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bermula Rabu ini (13 Jan) dan akan berlangsung sehingga 26 Jan.

Perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan:

1. PKP dikenakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

2. PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

3. PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.