'Muhyiddin kata boleh hadapi Umno, saya nak lihat macam mana' - Dr M

2021-01-07 1

Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah menasihati Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengenai risiko kerjasama Bersatu dan Umno, sekiranya Umno membuat keputusan untuk menarik diri daripada gabungan tersebut.

Bagaimanapun kata Dr M , Muhyiddin memberi jaminan beliau boleh 'menangani' sebarang masalah berhubung Umno.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan tegang di antara Umno dan Bersatu ketika ini.