'Kalau kamu nak percaya Anwar lagi, itu masalah kamu' - Dr Mahathir

2020-12-31 15,900

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau sudah lama hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim selepas presiden PKR itu beberapa kali gagal dalam cubaannya membentuk kerajaan baharu sebelum ini.

Ahli parlimen Langkawi itu mengulas soalan pemberita mengenai ura-ura Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang sekiranya gagal membuktikan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.