Tiga anggota polis terima upah RM1,000 untuk samun kereta

2020-12-31 6,403

Pihak polis berjaya membongkar kegiatan menyamun kereta yang dibawa masuk dari Singapura selepas tiga anggota polis dan dua lagi individu yang disyaki berkomplot ditahan Isnin lepas dan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, anggota polis itu dipercayai turut memperoleh habuan sehingga RM1,000 bagi setiap kereta yang disamun.