‘No DAP no Anwar’ hanya sentimen - Ku Li

2020-12-24 1

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah memberi bayangan bahawa sikap “No DAP no Anwar” yang dipegang Umno, tidak harus menjadi pendirian muktamad.

“Soal kita dengan DAP, kita sebagai pemimpin mesti bijak, bijak menguruskan, bijak membahagikan kuasa, bijak menentukan dan memantau apa yang boleh diberi dan dilakukan oleh rakan (politik) kita," katanya dalam bual bicara mengenai masa depan Malaysia di Kajang anjuran Majlis Profesor Negara hari ini.

Free Traffic Exchange