Kementerian Kesihatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan laporan yang dibuat seorang doktor swasta yang mendakwa laporan pesakit Covid-19 telah dipalsukan.
Malaysiakini hari ini melaporkan sebuah klinik swasta di Rawang membuat laporan polis selepas mendapati keputusan Covid-19 yang dijalankannya dipalsukan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan tindakan memalsukan keputusan kes Covid-19 merupakan satu kesalahan dan tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa.