'Kes Adib perjuangan kami, PH tak payah jadi hero' - MP Arau

2020-12-16 5,750

Mohd Shahidan Kassim (BN-Arau) hari ini menempelak ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan untuk tidak menjadi 'hero' dalam kes kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, memandangkan kerajaan Perikatan Nasional sedang cuba membawa pesalah ke muka keadilan.

Beliau mengulas kenyataan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mahu kerajaan menyelesaikan kes Adib dan juga ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang masih belum selesai berbanding membuat pindaan terhadap Akta Kastam 1967 atau Akta 235.

Free Traffic Exchange