Saya tidak dapat sokong belanjawan Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir

2020-12-15 9,041

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau tidak dapat menyokong peruntukan belanjawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Ahli Parlimen Langkawi itu menyatakan, ini berikutan tiada apa-apa cadangan atau dasar baru daripada KPM dalam belanjawan bagi membawa hala tuju pendidikan semasa mengikut peredaran zaman dan menggunakan teknologi baru.