Kerajaan kaji modul baharu PLKN, kos perbelanjaan dikurangkan

2020-12-14 5

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diwujudkan semula dalam masa akan datang.

Menteri Kanan (Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob berkata jawatankuasa baru mungkin akan ditubuhkan bagi mengkaji modul baharu dan kos perbelanjaan yang mungkin boleh dikurangkan lagi.

Beliau berkata demikian dalam penggulungan Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Free Traffic Exchange