Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu menyifatkan peruntukan bagi Kementerian Pertahanan terlalu kecil berbanding peruntukan kementerian lain.
Jelas bekas Menteri Pertahanan itu, industri pertahanan di Malaysia ketinggalan jauh di belakang berbanding negara-negara jiran seperti di Vietnam dan Indonesia.
Beliau berkata demikian sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Belanjawan 2021 memperuntukkan RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan dan RM17 bilion untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN).