Mereka gagal buktikan PN tiada sokongan majoriti - Hadi

2020-12-14 950

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang mencabar keabsahan Perikatan Nasional (PN) gagal membuktikan yang kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan wakil rakyat.

“Sehingga hari ini mencabar yang mencabar keabsahan kerajaan pemerintah masih gagal. Sama ada undi peringkat dasar atau peringkat jawatan kuasa kita menang.

“Dalam demokarasi, walaupun menang satu undi, tetapi tetap boleh menjalankan tugas. Walaupun satu undi, tetap menang,” katanya dalam sesi Dialog Bersama Media di Pejabat Agung PAS, di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=FIo2xiv39DU

Free Traffic Exchange