Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dibuat terhadap Hannah Yeoh (PH-Segambut) semasa penggulungan perbahasan untuk peruntukan kementeriannya.
Beliau turut berkata akan menerima teguran Salahuddin Ayub (PH-Pulai) dan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) - kedua-duanya bekas menteri di zaman PH - yang membidas kenyataannya meskipun sama-sama berada dalam kabinet PH dahulu.