'Kenapa lantik kroni sendiri_' - Dewan kecoh isu lantikan, peruntukan KePT

2020-12-09 13

Beberapa ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan peruntukan berjumlah RM8,627,200 untuk Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang disenaraikan di bawah item program khusus tahun depan.

Mereka membawa hujah bahawa lantikan dan peruntukan itu mungkin boleh disalah guna sebagai alat politik.

Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagaimanapun menegaskan aktivis PeKT dilantik selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang dilancarkan sebagai projek perintis di 19 Projek Perumahan Rakyat.

Free Traffic Exchange