Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan lagi kerana masih belum ada kerajaan negeri.
Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid mempengerusikan persidangan hari ini seperti yang dijadualkan dan sebelum mengumumkan penangguhan persidangan lima minit kemudian.
"Memandangkan agenda berikutnya adalah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 tidak dapat diteruskan berdasarkan Artikel 38 (2) perlembagaan Perak dan berdasarkan situasi sekarang, persidangan akan ditangguhkan hingga 16 Disember, 2.30 petang," katanya.
Berdasarkan jadual asal, persidangan DUN sepatutnya berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu dengan pembentangan Belanjawan 2021 negeri sebelum bersambung semula pada Selasa hingga Jumaat ini.
Bagaimanapun, susulan kemelut politik yang tercetus pada Jumaat lalu, Mohamad Zahir menangguhkan persidangan ke hari ini.