'Saya khuatir nanti menteri tidak ada kementerian untuk dijaga' - Guan Eng

2020-12-08 2,194

Lim Guan Eng (PH-Bagan) hari ini menggesa Kementerian Kewangan (MOF) untuk memberi lebih bantuan kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya bagi mengimbangi kerugian sebanyak RM54 billion yang dihadapi oleh sektor pelancongan.

Beliau turut menyentuh beberapa perangkaan berhubung unjuran prestasi pelancongan domestik tahun hadapan yang disifatkan tidak realistik, yang bakal menyekat usaha penyaluran bantuan oleh MOF kepada golongan sasar.