'Seolah-olah mempertahankan satu syarikat' - Loke kritik tarik balik pengecualian dasar kabotaj

2020-12-07 900

Anthony Loke (PH-Seremban) sekali lagi membangkitkan mengenai tindakan menarik balik pengecualian dasar kabotaj untuk menggunakan kapal asing bagi membaiki kerosakan kabel laut yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Menurutnya, keputusan yang diambil oleh Wee itu seolah-olah 'untuk mempertahankan satu syarikat' sahaja dan bukan diambil untuk kepentingan negara.