Adun Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu menyatakan rasa bimbang sekiranya Belanjawan 2021 negeri Perak tidak dapat dibentangkan susulan undi percaya yang dibuat hari ini.
Beliau berpendapat undi percaya itu seharusnya dilakukan selepas pembentangan belanjawan kerana satu belanjawan yang baik telah disediakan oleh kerajaan negeri bagi menghadapi pandemik Covid-19.
Sementara itu, beliau mendedahkan beberapa Adun lagi sebenarnya menyokong kepimpinan beliau namun terpaksa terpaksa menolak undi percaya atas arahan parti.
*Audio telah disunting untuk durasi