'Saya terima dengan penuh redha' - Ahmad Faizal janji peralihan kuasa yang lancar

2020-12-04 9,493

Dalam ucapan yang disampaikan sejurus selepas keputusan undi percaya dibacakan, Adun Chenderingan Ahmad Faizal berkata dia menerima ketetapan yang dibuat Adun Perak.

Dia juga menjanjikan peralihan kuasa menteri besar akan dijalankan secara lancar.

"Saya berbangga berkhidmat kepada negeri dan menunjung kasih kepada Sultan Perak atas kesempatan menabur bakti kepada baginda," katanya.

Speaker Dewan Undangan Negeri Mohamad Zahir kemudian menangguhkan sidang DUN Perak sehingga ke jam 2 petang pada 9 Disember ini.