Usul kecemasan untuk merujuk Shahbudin Yahya (Bersatu-Tasek Gelugor) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dibuat oleh Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) atas kesalahan mengira undi belah bahagi telah ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.
Azhar dalam surat penolakannya mengatakan tiada keperluan untuk menyegerakan usul tersebut kerana Shahbudin telah mengakui kesalahan dan meminta maaf atas hal itu, serta langkah-langkah telah diambil untuk memperbaiki proses pengundian blok.