Data peribadi MySejahtera selamat, rakyat jangan bimbang - Ismail

2020-12-02 88

Kerajaan memberi jaminan bahawa data peribadi dalam aplikasi MySejahtera adalah selamat dan dikawal selia sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ismail, data peribadi dalam aplikasi tersebut turut dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi.

"Bagi saya rakyat tidak perlu bimbang, kerana ianya di bawah kerajaan dan kita memastikan data peribadi itu dilindungi," katanya dalam sidang medianya di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas mengenai video yang tular di media sosial yang mendakwa maklumat peribadi pengguna aplikasi terbabit mudah dikongsi.