Sebarang keputusan untuk memulangkan semula panda gergasi kepada negara asalnya China, mestilah mengambil kira ikatan perjanjian yang telah ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dan China, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata kerajaan mengambil maklum desakan orang ramai supaya kerajaan memulangkan semula panda tersebut kepada negara asalnya ekoran kos pengurusan yang tinggi.
Terdahulu beberapa ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kos pengurusan kos yang tinggi yang perlu ditanggung oleh Malaysia untuk konservasi tahunan panda-panda tersebut.