Kakitangan kontrak JPM meningkat bagi lancarkan projek kerajaan - Redzuan jawab Anwar

2020-11-30 889

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Redzuan Md Yusof menjawab soalan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini yang membangkitkan peningkatan peruntukan sebanyak RM181.4 juta kepada kakitangan kontrak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jelas Redzuan, perlantikan itu berdasar keperluan bagi memastikan program dan projek-projek kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan hasilnya dapat dinikmati oleh rakyat.

Terdahulu, Anwar mempersoalkan peningkatan peruntukan itu untuk apa yang disifatkannya sebagai lantikan politik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Redzuan juga menjawab soalan Anwar yang turut membangkitkan peruntukan kepada duta-duta khas, juga di bawah JPM.

Free Traffic Exchange