'Kerajaan PH tak berhati perut buang pegawai kontrak' - MP Arau

2020-11-30 5,139

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim hari ini mahu kerajaan Perikatan Nasional untuk mempertimbangkan pengambilan semula pegawai-pegawai kontrak yang telah diberhentikan kerja oleh kerajaan Pakatan Harapan dahulu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang terdahulu mempersoalkan peningkatan peruntukan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM181,446 juta untuk kakitangan kontrak yang didakwa sebagai lantikan politik.