Kesan gerak politik Anwar kepada kerajaan Muhyiddin

2020-11-25 2

TANGGAL 23 September lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sehari sebelum itu, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sebelum ini juga Anwar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, salah seorang penganalisis politik negara pernah berkata, dalam pertemuan dijangka berlaku hari ini, sebarang keputusan tidak boleh dibuat segera lantas menafikan dakwaan sesetengah pihak akan berlaku perubahan kerajaan dalam masa terdekat.
Apakah yang bakal berlaku? Adakah 'kerja keras' Anwar akan terhenti setakat ini sahaja?