'KKM harap ahli Parlimen akan undi belanjawan dengan bijaksana'

2020-11-25 1,864

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menyatakan harapan agar ahli-ahli Parlimen dapat memberikan undi mereka secara bijaksana kepada pengundian Belanjawan 2021 esok demi kepentingan rakyat.

Dr Noor Hisham juga yakin ahli-ahli Parlimen memahami situasi pandemik Covid-19 semasa dan kewangan negara bagi menentukan undi mereka.

Free Traffic Exchange