Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun hari ini berkata akan mengemukakan jawapan secara bertulis kepada Hannah Yeoh (PH-Segambut) bagi mengelakkan kekeliruan susulan kekangan waktu di Dewan Rakyat.
Ini selepas beliau gagal menjawab soalan dikemukakan oleh Hannah, yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai birokrasi yang dihadapi oleh agensi kerajaan ketika memohon untuk membuka taska untuk anak-anak petugas barisan hadapan.
Hannah sebelum ini juga mendakwa kerajaan telah menyalurkan dana yang diperuntukkan untuk pembukaan taska di agensi-agensi kerajaan kepada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).