Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk meminta Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di kawasan parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya sekiranya situasi pandemik Covid-19 sama seperti di Batu Sapi.
Beliau berkata demikian ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.