Ugutan bunuh, rogol: Umany bimbang keselamatan, buat laporan polis

2020-11-20 10,305

Dua pemimpin Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) hari ini membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan ahli mereka susulan menerima ugutan bunuh dan rogol.

Ugutan-ugutan itu diterima sejak tiga hari lalu berikutan Umany memuat naik satu hantaran mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya.

Bagaimanapun pada 12 November lalu Umany telah memohon maaf kepada Agong dan menarik balik hantaran tersebut.

Polis ketika ini sedang menyiasat beberapa pemimpin Umany di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia.