Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengumumkan seramai 6,141 belia berumur 19 hingga 30 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri bagi kesalahan berkaitan dadah sejak awal tahun hingga 17 November lalu.
Menurut Ayob, daripada jumlah itu 4,176 individu yang ditahan merupakan belia berbangsa Melayu.
Dalam tempoh yang sama, Polis Johor juga telah membuat rampasan pelbagai jenis dadah seberat 2.61 tan dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.77 juta.