Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akan dikenakan ke atas Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud berikutan 36 kes aktif yang dikesan di kawasan tersebut.
Perintah itu akan berkuat kuasa pada 20 November dan melibatkan 1,740 penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.