Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata Belanjawan 2021 tidak akan diluluskan tanpa pindaan dari kerajaan.
Jelasnya hal ini kerana, majoriti ahli parlimen telahpun bersetuju dalam soal moratorium perlu ditambah baik.
Justeru, Akmal meminta kerajaan tidak menisytiharkan darurat jika belanjawan ini tidak diluluskan.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.