'Yang tak mencarum sebelum Mac 2019 juga ada hak untuk wang KWSP'

2020-11-18 5,330

Ahli parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar hari ini mahu syarat-syarat pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilonggarkan dan diperluaskan.

Beliau merujuk kepada syarat bahawa hanya pencarum yang aktif mencarum sekurang-kurangnya sebulan sejak Mac 2019 sehingga Februari 2020 akan dibenarkan untuk mengeluarkan wang mereka dari KWSP.