PN kekalkan keputusan PH tak sertai Statut Rom

2020-11-18 843

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengekalkan keputusan kerajaan terdahulu yang menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaffar, berkata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan diri Malaysia daripada ICC.

Kamarudin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Maria Chin Abdullah (PH- Petaling Jaya) berhubung status Malaysia dalam Statut Rom serta kemungkinan kesediaan kerajaan bersetuju menganggotai ICC dalam masa terdekat.