Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik menyoal Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai apakah status kandungan bagi rancangan TV pendidikan yang bernilai RM1.9 juta sejak beberapa bulan lalu ketika pandemik Covid-19 melanda negara.
Menurutnya, KPM telah memberikan kontrak kepada syarikat produksi Radius One Sdn Bhd bagi menghasilkan kandungan TV pendidikan yang berkualiti dan lebih baik dari sedia ada.