“Rasa macam minta sedekah, buat saya marah!” - Awal Ashaari ajak syarikat perabot bersemuka

2020-11-17 4

Awal Ashaari berlapang dada untuk menyelesaikan isu fitnah antaranya dengan sebuah syarikat perabut dan hiasan dalaman tanpa melalui proses mahkamah.

Awal, 39, yakin isu itu boleh diselesaikan dengan baik jika syarikat berkenaan memberikan kerjasama.

“Saya tak nak masuk court lagi dengan benda-benda macam ni kerana ia banyak membuang masa, tenaga dan wang.

“Tapi kalau anda tak bagi saya pilihan untuk selesaikan dengan baik, saya terpaksa heret ke mahkamah,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 5 November lalu, pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mendakwa Awal ada membuat kenyataan berniat jahat bertujuan merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Free Traffic Exchange