PKPD di Institut Latihan KKM di Johor Bahru tamat hari ini

2020-11-16 206

Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru, hari ini.

Sebelum ini, PKPD di ILKKM telah diadakan bermula 3 hingga 16 November.

PKPD di ILKKM Johor Bahru ini melibatkan seramai 1,559 individu yang terdiri pelatih, kakitangan, ahli keluarga dan pekerja sokongan.