Belanjawan 2021_ 'Hanya akan sokong jika ada langkah bantu murid, guru, siswa, pensyarah'

2020-11-16 971

Ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berkata beliau hanya akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya ada langkah-langkah diumumkan bagi membantu murid, guru, siswa dan pensyarah.

Katanya belanjawan 2021 ini tiada pelan jangka panjang untuk memastikan anak-anak tidak keciciran dalam pembelajaran.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.