Adun dari Amanah keluar parti, sertai PKR

2020-11-16 1

Amanah mengesahkan Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar telah keluar parti untuk menyertai PKR.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Amanah Selangor, Ar Kamarul Hisham Yeop Hashim dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang oleh beliau terbatal serta merta.

Amanah Selangor turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau selama ini.

Kenyataan itu meletakkan noktah ke atas spekulasi keluar parti membabitkan Mohd Fakhrulrazi yang bertiup semalam.

Free Traffic Exchange