'Apa persediaan kita kalau TB melonjak lepas Covid-19?'

2020-11-12 463

Anggota parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail memberi amaran terhadap kenaikan kes tuberkulosis (batuk kering) sekiranya peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Belanjawan 2021 tidak ditambah.

Azman turut merujuk kajian London Imperial College yang mendedahkan peningkatan kes tibi secara global selepas tiga bulan negara serata dunia melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) susulan Covid-19.