Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan partinya Pejuang mengambil keputusan untuk 'menyimpan dahulu' sokongan mereka terhadap Belanjawan 2021 kerajaan Perikatan Nasional.
Beliau menyatakan harapan agar kerajaan tidak menolak sebarang cadangan yang baik daripada pihak pembangkang untuk dipertimbangkan di dalam belanjawan kali ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian semasa dalam sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.