Nampaknya isu ini bagaikan tiada kesudahan. Bukan satu atau dua, sebaliknya banyak negara memandang serong terhadap golongan wanita berhijab.
Seolah-olah selendang yang digayakan oleh para hijabi mendatangkan kesan negatif pada dunia.
Mereka bukan sahaja dilabel dengan pelbagai gelaran kurang manis, malah segelintirnya pula terpaksa berdepan diskriminasi dari segi pekerjaan.
Ikuti Borak Bibir Merah Siri 2 bersama panel dalam membincangkan hal ini.