Video tular berniat jahat, fitnah pada polis - Ismail

2020-11-11 1,255

Video yang tular menunjukkan anggota polis menahan seorang pemandu kenderaan yang didakwa tidak membenarkan penumpang duduk di hadapan disifatkan satu niat jahat dan fitnah kepada pasukan polis.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pemandu berkenaan sebenarnya ditahan kerana memandu sambil menggunakan telefon bimbit.