Isu taska ditutup akan dibincang dalam mesyuarat MKN - Ismail

2020-11-09 711

Isu taska ditutup sehingga menyukarkan ibu bapa yang perlu bekerja di negeri-negeri yang tidak dikenakan PKPB akan dibincang dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara esok.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun sedang meneliti perkara tersebut dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.