Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Malaysia memerlukan platform yang adil untuk menjawab isu larangan eksport produk sawit ke Amerika Syarikat (AS).
Khairuddin berkata, negara buat masa ini tiada platform yang adil untuk menjawab dakwaan mengamalkan buruh paksa yang membawa kepada larangan itu.
Beliau merujuk larangan import yang dikenakan AS terhadap produk minyak sawit FGV.