Banduan nyanyi lagu doakan petugas kesihatan

2020-11-04 8

Banduan Penjara Alor Setar menyanyikan lagu yang memuji petugas barisan hadapan sebagai "wira penjara yang berkorban nyawa demi negara, bangsa dan agama."

Lirik lagu itu mendoakan: "Ya Allah Ya tuhanku rahmatilah mereka, wira-wira penjara yang menggadaikan nyawa."

Nyanyian itu sebagai tanda penghormatan kepada petugas kesihatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Penjara Alor Setar dan kuarters berakhir semalam.

Satu klip video rakaman nyanyian itu tular di media sosial dan turut dikongsi Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, semalam.

Video itu memaparkan sekumpulan orang berbaju biasa dan memakai penutup muka keluar dari pagar penjara.

Penjara Alor Setar berada di tengah-tengah Kluster Tembok dan diletakkan di bawah PKPD dari 6 Oktober hingga 2 November.


Sumber video: https://www.facebook.com/DGHisham/videos/820218802111809