Kementerian Kesihatan menjangkakan kira-kira 6,000 kes positif lagi akan dikesan dalam tempoh seminggu berdasarkan unjuran yang dibuat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Berdasarkan unjuran itu katanya, KKM memerlukan tempoh dua hingga tiga minggu lagi untuk melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19 di negara ini.