'PM jangan bimbang dan ragu, kita akan sokong Belanjawan'

2020-11-03 1,343

Mesyuarat ahli parlimen Barisan Nasional yang diadakan di PWTC adalah untuk membincangkan sokongan ahli parlimen itu kepada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak,Tajuddin Abdul Rahman ketika ditemui mengesahkan ,ahli parlimen gabungan itu sebulat suara akan menyokong dan memastikan pembentangan belanjawan tersebut berjalan dengan lancar.