Isu kitab Injil- Nik Zawawi mohon maaf pada penganut Kristian

2020-11-03 6,600

Anggota Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh hari ini memohon maaf kepada penganut Kristian dan rakyat Malaysia atas ucapannya yang dianggap menghina kitab Injil.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memerintahkan anggota Parlimen PAS itu menarik balik kenyataannya sebelum ini dan memohon maaf.

Nik Zawawi sebelum ini dilaporkan enggan meminta maaf berhubung ucapannya di parlimen bahawa kitab Injil “dipesongkan” dan penganut Kristian tidak mempunyai “hak untuk tersinggung”.